SELAMAT DATANG KE UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAERAH SEPANG

Drpd Abu Hamzah anas ibn Malik r.a , Khadam Rasulullah SAW . Drpd Rasulullah SAW , baginda bersabda " Seseorang kamu masih belum benar- benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri ". ( H.R . Al-Bukhari & Muslim )
Drpd Abu Hurairah r.a , Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW : Berikan aku wasiat .Baginda bersabda :" Janganlah engkau marah ." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali . Baginda tetap bersabda :" Janganlah engkau marah ." (H.R Al-Bukhari)
Drpd Ibnu 'Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka , nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain ( iaitu menuntut bunuh balas) , akan tetapi mestilah tuntutan itu terbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi pihak yang tidak mengaku . " ( H.R Al-Baihaqi , Hadis Hassan )